Thursday, May 14, 2009

Road To Saina

salam....

Hahaha..dah 4 bulan rupenye aku tak update pape..rase cam baru je wat blog ni..konon-konon bz la tu..takpe-takpe..blog aku,akunye suka la nak update bile, hehehe..dari tarikh rini, aku ade 19 hari lagi utk exam final aku kat sini..pape persediaan aku dah buat yang semampunye..semoga Allah s.w.t permudahkan perjalan hidup hamba-Nya ni, amin..

Post yang ni aku xnak cite pasal exam lagi..tggu siri yang lain baru aku cite pasal exam aku dan masa tu result pun dah tau, hehehe..aku nak cite pasal trip aku pegi Sinai dengan housemate & member-member aku..walaupn dah lame tapi aku nak cite gak (blog aku, akunye suke la...)

road to saina...
Kitorg pegi naik avanza (thanks yang sponser aku a.k.a bapak aku coz bagi aku duit tuk jalan-jalan) so memang sumbat la seberapa yang boleh..dan hasilnye bergerak la 7 org pemuda dan bermula lah pengembaraan kami...

Kitorg bertolak lebih kurang jam 2 a.m dari rumah coz kitorg nak sampai di Suez dalam waktu subuh dan solat disana (ni plan driver, aku yang xtau pape ni ikut je..) Trip diteruskan lagi..pastu singgah besarapan di...(pe ntah name tempat tu,,adoii) maka disitu la kitorg melantak..memang lapo kalo berjalan time musim sejuk ni..

Perjalannan memang jauh dan agak memenatkan..nasib bukan aku driver (lesen international mane de) sian gak aku tengak member aku yang drive tu, muka dah ketat je,hahaha (thanks to bro adib a.k.a abg supir@tour guide) gambar kat Suez xde dalam simpanan aku, kalo tak leh aku tunjuk cmne la bentuk suez tu..popular Suez ni coz banyak negara rebut nak dapatkan die.

Perjalanan diteruskan lagi..

Tiba di Taba dalam jam 9.30 a.m..tempat first kitorg pegi coz disini terletaknye kubu Salahuddin al-Ayubi (Qalaah Salahuddin) dapat tengok dari jauh je coz kubu ni disebuah pulau kecil..nak pegi kene naik bot dengan bayaran yang aku pun xtau (save bajet katekan..)

Dalam setengah jam je ktorg santai-santai di Taba..semua muka dah nampak tilam je..(memang letih..) Dari Taba kitorg terus menuju Dahab sebagai destinasi seterusnye. Dahad dari perkataan zahab (emas)..aku de tanya kawan aku, pesal name tempat tu emas..die gtau kawasan pergunungan ni dahab ni akan bersinar cam emas bila matahari terbenam..memag unik..(aku penah tengak masa aku pegi trip dahab yang first..bkn trip yang ni) tu la sebab tempat ni dapat name..

Sampai di Dahab jam 12.00 p.m


Bro Adib a.k.a Abg Supir@ Tour Guide

Kitorg check-in kat El Salam Camp..port yang best coz betul-betul kat tepi pantai je..(memang sejuk) Trip kali ni baru aku tau..rupanye Dahab ni memang dah terkenal dari dulu lagi sebagai laluan perdagangan..Dah puas kitorg santai-santai jap (setelah dapat tilam,hehe) bekalan makanan jadi santapan lak..memang menyelerakan bila makan walaupun bekalan kitorg tu dah sejuk..semua diam je time melantak..puas-puas..(Alhamdulillah..)

Dah kenyang pe lagi, rilek-rileks la sambil memetik guitar (din yang petik,hehe..) mata makin berat, badan memang tersangat letih walaupun dok diam je dalam kereta..tilam menjadi saksi bantal sebagai kekasih yang akan aku peluk puas-puas..perjalan masih dipertengahan..Sinai tunggu aku !!!! (aku pun tertido..)

Panjang lagi nak cite..bila aku free aku sambung lagi k..nak kene study lak..exam makin hampir..semoga Allah s.w.t permudahkan...Amin Ya Rabb...

to be continue

Saturday, January 31, 2009

Menara Jamku Condong..


Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong.

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba. Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus. Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting. Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.